Renung-renungan bersama

Siapa kata ustaz tαk pernαh buαt DOSA.
Siapa kata pakar kaunseling tαk αdα MASALAH.
Siapa kata cikgu tαk pernαh buαt SILAP.
Siapa kata chef tαk pernαh mαsαk NASI MENTAH.
Siapa kata doktor tαk pernαh SAKIT.
Siapa kata profesor tαk pernαh kenα tipu.
(wαlαupun PROFESOR serbα TAHU)...

INGATLAH bαhαwa, semuα MANUSIA yg HIDUP Di DUNIA ini,
ALLAH berikαn KELEBIHAN dαn KEKURANGAN mαsing-mαsing.

ALLAH berikαn KELEBIHAN,
Bukαnlαh 100% diBERI semuα pengeTAHUαn.

ALLAH berikαn KEKURANGAN,
Bukαnlαh sehinggα iα mengHINAkαn.

Terkαdαng sengαjα ALLAH menyulitkαn perkαrα yαng kitα PAKAR αgαr kitα tidαk perlu SOMBONG. AGAR kitα sentiαsα menjαdi HAMBA yαng berSYUKUR kepαdα-NYA. ♥ 


via:pakar diari hati

Tips untuk pelajar yg study last minute

STUDY LAST MINUTE????
[tips from Diya]


TOPIK PANAS!!!
sapa2 yg rasa dirinya student...
silakan baca apa yg saya akan taip
ekekeke (^_^)


sebenarnya...kebanyakan students yg study last minute 


..bukan sebab malas belajar..mungkin sebab ada kokurikulum..BZ dgn assignment..BZ dgn MAKWE..PAKWE...hehe...OPPSSS.... ada yg MASTER tu..sebab diorang kerja..aktiviti sukan..itu ini..sampai xde masa nak study....

Az pun selalu termasuk dalam AHLI LAST MINUTE..hehe..sebab Az xboleh menghafal fakta awal..nanti Az lupa balik..Az ni jenis cepat lupa...tp cepat pulak nak ingat...haaa..jadi kebanyakan fakta..Az hafal sehari dua sebelum EXAM...tApi anda2 semua jangan lah begitu ya..hehe...

kalau betul2 nak lulus and jawab exam dgn tenang..kena FAHAM apa yg dibaca..bukan HAFAL BULAT2...PERCAYA lah..kalau faham benda alah yg kita study tu..tyme exam mesti BOLEH jawab...PASTI...saya JAMIN 100%...sbb ini pengalaman...


OK

ini antara tips drpd Diya yg dia bagi..and yg Az pernah amalkan bila study last minute..heheee(^_^)..xlah bagus sangat...tp yelah..Az nak kongsi gak...mane yg berkenan..ambik dan amalkan..mane yg xberkenan..biarkan saje~~sape2 yg baca ni..TERIMA KASIH..=)


1.JANGAN BACA BUKU TEBAL
haaa...kalau tinggal sehari dua lagi nak exam baru nak baca buku tebal mengalahkan kamus dewan bahasa dan pustaka..errrkk..itu over..atau yg lebih spesifik...buku tebal melebihi 300 mukasurat....JANGAN TERUSKAN MEMBACA BULAT2...dan HAFAL pun BULAT2...nanti..otak korang jadi xtentu...memang iye..dalam buku tebal tu lah SEMUA FAKTA PENTING ade..tp korang ingat tyme korang baca tu je..nanti bile dah exam..lupe balik..tu baru satu subjek..subjek lain???Haaaaa...kan susah..
tapi ini la yang dan kawan-kawan TETTT selalu buat.

2.RUJUK NOTA RINGKAS
Pada student yg pada awal hayat pembelajarannya sudah mengamalkan membuat nota ringkas sendiri...bagus sangat..Tyme2 macam ni lah nota macam tu penting...sebab..korang dah sah2 lah dah get through subjek tu..bila tyme nak baca...JUST REFRESH kan otak utk ingat balik..tyme ni baru korang leh masuk kan.mane yg penting..mane yg xpenting.. TAPI...pada yg xde nota ringkas...ataupun nota ringkas nye tak lengkap..SELAGI MASA ADA..buat lah sekejap..sambil buat sambil faham..dah nama RINGKAS..nak baca pun RINGKAS..keja menghafal dan faham pun RINGKAS saje~~

3.JANGAN BACA NOTA SLIDE DALAM KOMPUTER
haaa..yg ni TERUTAMANYA bebudak Universiti..Matrik..POLI dan sebagainya...korang dapat NOTA mostly dari lecturer kan..SOFTCOPY..wahh...senangnya...heheee...tapi..KAJIAN mengatakan.."It is more effective when you read hardcopy than softcopy"
Maksudnya kat sini..adalah lebih afdal....kalau korang baca apa yg printed out..bukan baca dr slide komputer...kenapa ? 


1.printed out notes lebih menyeluruh dia punye VIEW..korang juz selak2 muka surat..korang dah boleh tgk semua ape yg perlu baca.
2.baca dr komputer BANYAK GODAAN..nak2 lagi yg boleh access 


INTERNET....TETTT...kejap bukak FACEBOOK..kejap YM..kejap TENGOK YOUTUBE..kejap SHUFFLE LAGU dalam WINAMP..tak tenteram baca nota..hekhek..(aku pun selalu camni...kuangkuangkwang..so sebagai pengajaran..JANGAN BUAT CAMNI!)  3.printed notes korang boleh bawak g mana korang suka..xberat..ringan saje~~kalau laptop..dah SAH2 BERAT..hehee

4.JANGAN BUANG MASA WALAU SESAAT!!
Haaa..yang ni paling penting...jangan sesekali buang masa buat benda yg xdek faedah drpada study! lebih2 lagi kalau dah nama nya last minute kan...kalau buang air kecik dan besar tu boleh di postpone...aku akan sarankan utk POSTPONE!! eheheee..gurau..yg tu xboleh..maksud saya disini ye tuan2puan2...jangan lah lusa nak exam..hari ni boleh g jalan2 ronda2 bandar..g shopping..ade jugak org yg esok nak exam..pukul 10 malam kuar g tgk wayang..konon release tension..


ADOIIII  MAK.,.XKAN ter release tensen lepas balik tgk wayang tuh..balik2 rumah..ingat esok nak study...mesti STRES balik..haa..kan dah buang masa..lebih baik masa yg korang buang camtu je..guna kan utk study..baca apa2 yg penting..apa2 yg korang rasa kuar..kan dah GIVES BENEFITs!! lagi satu..jangan dok layan INTERNET..ni pesanan kepada Az sendiri dan org yg ADDICT dgn internet..hehee..SEPATUTnye..STUDY lah dulu..INTERNET or lebih terus terang FACEBOOK.. FB boleh tunggu kita...kalau TAKtengok.tak rugi...tapi EXAM tak tunggu kita..kalau XBACA utk exam..RUGI WOOOO~~~
kalau macam aku ni g kelas or exam..nek BUS...tyme dalam bUs pun ..BACA LAH mane2 yg sempat...yg penting..dun waste ur tyme...masa itu emas bak kata org..kita bukan boleh jadi cam  doraemon yg boleh putarkan masa2 sesuka hati....



5.STUDY IN GROUPs
kalau korang jenis yg suka study sorang and nakkan KETENANGAN lah konon nya kan..erm..advise dari Az...korang study dalam group dengan kawan2...sebab ape..bila study ramai2 kepala pun ramai....BISING memang BISING..tp satu kepala ada satu pemahaman..satu kepala ada satu IDEA...kalau dah banyak kepala..at least korang boleh tukar pendapat..yg pandai bab ni ajar yg xpandai bab tu..yg xpandai bab ni..jangan diam2 saje..MESTI mintak tolong kawan ajar..JANGAN DIAM SAJE..nanti menyesal..lagi satu..maybe kawan korang boleh jelaskan dgn korang dalam bahasa sendiri yg korang faham..JADI..sikit panduan..CARI KAWAN  YANG STUDY.... =) 
jadi..bile same dah faham...baru korang spend mase ALONE and ingat balik apa yg korang study sama2...INTERPRET kan dalam pemahaman korang sendiri..
CUba lah kalau nak..hehehehehe...

Perbezaan antara barang Rejects,Replicas,Fakes n KnockOffs



Penulis asal:NewGadgetShop




Aku rasa mungkin ramai yang tak tahu beza tentang jenis-jenis barangan yang tergolong di dalam kategori di atas. Mungkin definisi aku salah, tetapi aku akan cuba terangkan berdasarkan maklumat industri yang aku tahu, OK?

Katakan kamu sebuah syarikat produk terkemuka seperti Supra. Mengikut trend pemasaran sedunia, agak munasabah untuk sebuah syarikat pengeluaran sekarang mengeluarkan atau mengilangkan produk mereka di benua Asia di atas sebab-sebab kos. Kos pengeluaran, buruh, pengurusan dan lain-lain pastinya lebih murah jika dibandingkan dengan kos pengeluaran di negara pengasas seperti Amerika misalnya.

Jadi berdasarkan kelebihan ini, Supra misalnya mengambil keputusan untuk mengeluarkan kasut-kasut mereka di China. Setelah memeterai perjanjian, dan mengambilkira proses latihan, penelitian kualiti/mutu serta proses-proses pengeluaran lain, sebuah kilang kasut di China dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan semua kasut Supra.

Jadi Supra pun membuatlah pesanan untuk 5000 pasang kasut Supra, yang akan dibuat oleh Kilang Ah Boi (misalnya) di China. Pekerja-pekerja kilang Ah Boi pun bertungkus-lumus membuat 5000 pasang kasut Supra.

Setelah selesai membuat 5000 pasang kasut, wakil Supra dari Amerika pun datanglah ke kilang untuk membuat pemeriksaan kualiti. Teliti punya teliti, ada 500 pasang kasut yang logo Supra nya senget sedikit. Berdasarkan sistem kawalan mutu Supra yang terperinci, 500 pasang ini tidak diterima untuk dijual di bawah nama Supra sebab tidak menepati tahap kualiti yang ditentukan.

500 pasang kasut ini akibatnya terpaksa dimusnahkan. Tetapi Ah Boi si pengurus Kilang Ah Boi ini pandai. Dari dia membazir 500 pasang kasut ini, dia bercadang untuk menjualnya kepada ejen yang sanggup membeli secara pukal dengan harga murah. Tetapi Supra beri syarat yang kasut-kasut ini tidak boleh dijual dengan label rasmi Supra, atau logonya harus dicabut, misalnya.

500 pasang kasut inilah yang dinamakan 'Rejects'.

Ejen-ejen ini kemudiannya mengedar dan menjual 500 pasang kasut ini di premis-premis seperti Reject Shop, Factory Outlet Store dan lain-lain dengan sedikit keuntungan. (Sebab itu kamu semua boleh beli t-shirt jenama 'Junk Food' dengan harga yang amat murah!) Malah ada kilang yang membuka sendiri premis jualan yang menjual barangan-barangan 'Rejects' ini.

Oleh sebab menurut perjanjian Kilang Ah Boi sepatutnya membekalkan 5000 pasang kasut, dan yang menepati piawaian hanya 4500 pasang, Kilang Ah Boi terpaksa mengeluarkan 500 pasang kasut lagi untuk memuaskan hati Supra.

Tetapi Ah Boi si pengurus ini memang pandai. Dia berfikir, "Dari aku buat lagi 500 pasang sahaja, lebih baik aku buat lagi 5000 pasang... Aku tolak pada Supra 500 pasang, yang lagi 4500 pasang lagi aku jual sendiri."

Jadi pekerja-pekerja Kilang Ah Boi ini bertungkus-lumuslah untuk membuat 5000 pasang kasut Supra lagi.

Tanpa pengetahuan wakil Supra ini, Ah Boi telah memberikan baki 500 pasang kasut, dan si wakil Supra ini pun gembiralah balik ke Amerika sebab proses membuat 5000 pasang kasut ini sudah selesai. Tapi sebenarnya pekerja si Ah Boi ini bukan berhenti di setakat baki 500 pasang sahaja, mereka pun berkerja keras menyiapkan 4500 pasang kasut Supra yang si Ah Boi tadi mahukan.

Ah Boi pun terfikir, "Baik aku jimat kos sikit. Aku tak payah buat kotak, aku guna padding yang nipis sedikit, kurangkan jahitan sikit... Alah... orang bukan tahu pun."

Setelah siap 4500 pasang kasut ini, Ah Boi pun telefonlah ejen lagi seorang ini untuk mendapatkan pembeli. Memang untung besar dia ini, sebab Ah Boi sedar dia tidak perlu tanggalkan label atau logo Supra seperti bila dia mahu menjual kasut 'Rejects' ke ejen terawal tadi. Lagipun wakil Supra itu bukannya tahu pun, bukan?

4500 pasang kasut inilah yang dinamakan 'Replicas'.

Ah Mei, pengurus besar Kilang Ah Mei yang kalah kontrak Supra dengan Kilang Ah Boi memang tidak puas hati melihat keuntungan besar yang diraih Ah Boi. Dia menyuruh konco-konconya untuk membawa balik sampel kasut Supra yang dikeluarkan Kilang Ah Boi. Setelah meneliti kasut itu, Ah Mei berkata, 'Hek eleh kasut buruk ni. Aku pun boleh buat!'

Jadi berhempas-pulaslah pekerja kilang Ah Mei merobak dan merabik kasut Supra ini untuk mengetahui cara-cara kasut ini dibuat. Malah si Ah Mei mengupah bekas pekerja Kilang Ah Boi sendiri untuk bekerja di kilangnya. Mungkin si Ah Mei fikir mereka ada keupayaan untuk membuat kasut ini berdasarkan pengalaman mereka di Kilang Ah Boi.

Tetapi Ah Mei tidak sedar proses pemilihan bahan-bahan membuat kasut ini dahulunya dilakukan oleh Ah Boi bersama wakil-wakil Supra dahulu. Ini sebabnya kualiti kasut di Kilang Ah Boi memang tinggi. Yang si Ah Mei ini pula hanya main hentam, beli kulit murah dari kampungnya, guna fabrik murah untuk jimat kos dan lain-lainnya.

Kilang Ah Mei pula bertungkus-lumus untuk mengeluarkan 5000 pasang kasut Supra mereka sendiri. Setelah siap, Ah Mei senyap-senyap menjual semua 5000 pasang kasut ini kepada ejen-ejen penjualnya. Dan di antara ejen-ejen ini semua mungkin termasuk ejen-ejen yang juga digunakan Kilang Ah Boi.

5000 pasang inilah yang dinamakan 'Fakes'.

Ah Chan, pemilik Kilang Ah Chan di hujung bandar tempat Kilang Ah Boi dan Kilang Ah Mei beroperasi terdengar ura-ura mengatakan kedua-dua kilang ini untung besar dengan kasut Supra. Memang dia tidak puas hati.

Dia perintahkan kesemua 1000 kanak-kanak bawah 12 tahun yang bekerja di bawahnya untuk mengeluarkan kasut Supra juga. Tetapi Ah Chan takut kilang kanak-kanak bawah umurnya itu kantoi dengan pihak berkuasa, jadi dia terpaksa buat kerja senyap-senyap. Sebagai langkah keselamatan (atau kerana budak 12 tahun yang bekerja sebagai perekanya itu tidak pandai mengeja), ejaan 'Supra' ditukar menjadi 'Sapra'.

Ah Chan berfikir kalau mereka boleh menjual 5000 pasang kasut ini, Kilang Ah Chan pun boleh. Jadi dia pun keluarkan 5000 pasang kasut Sapra ini untuk menumpang untung yang dibuat dua kilang terawal tadi. Setelah siap, 5000 pasang kasut Sapra ini diagihkan kepada ejen-ejen jualannya di seluruh dunia.

5000 pasang kasut inilah yang dinamakan 'Knock-Offs'.

Secara mudah, inilah perbezaannya. Kalau salah harap maafkan, tetapi menurut apa yang kau tahu, inilah realitinya...