Suka vs cinta ?

Assalamulaikum .

Terlebih dahulu aku nak minta maaf sebab entri kali ni sepatutnya bertajuk 'kelebihan University Malaysia of Computer Science and Engineering' tetapi disebabkan oleh beberapa masalah teknikal , entri ini terpaksa ditangguh . Sori T^T . Ok . Dah tengok kan tajuk entri ni ? Suka vs Cinta ? Adakah dua perkataan ini benda yang berbeza ? Apakah yang menyebabkan ia berbeza ? Ok . Aku akan beri satu analogi untuk membuktikan bahawa dua perkataan ini tidak sama .

Hanan melipat helaian akhir novelnya kerana Amirul datang untuk menghantar buku yang dipinjamnya. Lalu Hanan bertanyakan satu soalan emas kepada Amirul : "Apa yang kita rasa pada sekuntum bunga apabila kita melihatnya ? Boleh  awak terangkan kepada saya  ? " . Amirul keliru dan musykil untuk jawab soalan Hanan.

Selepas beberapa saat , Hanan memberi jawapan kerana kasihan melihat Amirul yang tengah keliru . "Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan cuba untuk petik bunga itu sebab bunga tu cantik . Tapi kalau kita cintakan bunga itu , kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram supaya ia sentiasa segar . Samalah macam manusia . Kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha sedaya upaya untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walaupun akhirnya dia bukan milik kita . "

Amirul senyap dan kagum akan jawapan yang dilontarkan oleh Hanan . Sebenarnya Amirul dah lama memendam perasaannya terhadap Hanan kerana Hanan seorang budak yang baik, bertudung labuh , jaga agama n banyak lagi . Akan tetapi , dia malu untuk confess perasaannya .Cintanya terhadap Hanan ikhlas . Sebab tu dia tunggu masa yang sesuai untuk beritahu Hanan perihal perasaannya . Sama juga macam konteks tadi , kalau Amirul confess awal2 perasaannya terhadap Hanan, mungkin Hanan menolaknya . Akan tetapi , Amirul tetap sabar dan selalu berdoa supaya dia dijodohkan dengan Hanan . Akhirnya , mereka diijab kabulkan .

Cerita ini diaptasikan daripada cerita sebenar . Sampai di sini sahaja entri pada kali ini . Aku minta maaf jika ada kekurangan pada entri ini yang buat kamu semua tidak selesa . Sori :) .

K . Wassalam .

I'm back

Assalamualaikum .

Haloha. Rasanya dah hampir 1 tahun tak update blog ni . Lama tu . Really ? Betul ke ? Ntah. Dah berhabuk blog ni . Apa yang paling buat aku speechless apabila aku tengok pageviews page ni .. AYOOO.. Pelik sangat ni . Kenapa boleh cecah sehingga angka begitu . Aku pun tak tahu . Hahaha . Ketawa sopan kejam .!!! Btw , zaman persekolahan aku dah tamat .. YEAYY !! (poyo je mamat ni) . Tapi siyes aku rindu zaman sekolah especially batch CNC .. Awesome dude .. Batch yang OHSEM yang banyak mengajar aku erti persahabatan.. 4 UITM, 5 UTM and all CNC member, I will miss you. (cewah, cakap english doe) .Aku tahu korang tengah baca ni kan . Hahaha. Tidak lupa juga kepada semua guru2 yang telah mengajar aku .Jika ada jodoh , kita berjumpa lagi yer . Sekarang dah masuk zaman UNIVERSITI. Alhamdulillah aku telah berjaya untuk sambung belajar. Bersyukur sangat2 sebab dapat ambil kos yang memang aku impikan sejak zaman sekolah . Haaa . Nak tahu nama universiti tu ?? University Malaysia of Computer Science and Engineering (UNIMY) . Nanti aku akan ceritakan perihal universiti ni di post yang baharu . Serius universiti ni best. Hahaha . Tapi kan..... Aku jeles sgt x99 kt kwn2 aku yg dpt masuk matrikulasi,unikl n sbg nyer lah . Mula2 aku memang dapat tawaran matrikulasi,unikl,utp n ipta , tapi UNIMY telah berjaya menambat hati aku untuk stay di sini =..= .. Aku jeles sebab korang blh berjumpa semula dgn ex-schoolmate . Ramai pulak tu . Aku kat sini sorang je CNC . hahaha . Tapi ramai CNC dpt sambung bljr kat Selangor .. YEAY .. REUNION !!! .. Masih ada lagi peluang :') .... Good luck all .. K lah . Rasanya dah panjang post ni . Letih nak tulis panjang2 . Exam fizik ekpun mggu dpn T^T . Waaaaa :'( .. Over ngat aku . K . Wassalam.

Next entri : Kelebihan University Malaysia of Computer Science and Engineering

p/s : terima kasih sebab baca :-)


Makanan yang boleh mencerdaskan minda

Dalam ruangan ini, saya ingin fokus kepada makanan yang insya Allah akan dapat membantu kita untuk mendapatkan otak yang cerdas.





1. Coklat.


Kajian saintifik mendapati coklat atau koko sangat berkhasiat untuk otak kita. Ini adalah kerana coklat mampu meningkatkan aliran darah ke otak dan ianya vboleh member kecerdasan kepada otak kita.bukankah coklat ini uga rasanya enak?





2. Madu.


Madu digelar Raja Ubat kerana mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu juga mampu meningkatkan ingatan dan kecerdasan serta dapat menghindarkan kepenatan pada otak kita yang melakukan banyak kerja seharian.





3. Susu segar.


3 elemen yang mampu membantu pertumbuhan badan dan otak kita ialah air, keju dan lemak. Selain membekalkan kalsium kepada tulang, susu juga boleh menguatkan ingatan, memberi tenaga fizikal dan mental juga ianya adalah penawar bagi menghindarkan masalah lupa.





4. Kismis

Kismis terkenal dapat membekalkan zat besi untuk menambah darah bagi memastikan bekalan oksigen cukup untuk keperluan otak. Bila oksigen mencukupi maka masalah mengantuk, selalu lupa, lembab dan lemah dalam berfikir dapat diatasi dengan izin Allah.





5. Telur.


Salah satu makanan yang menyumbang kepada kecerdasan otak ialah telur. Ia mengandungi pelbagai khasiat seperti protein, mineral, vitamin, kalsium dan zat besi. Kuning telur bukan sahaja mampu mengatasi kelemahan tenaga fizikal tetapi juga tenaga minda.





6. Daun salad.


Mengambil daun salad dapat membantu menghilangkan rasa dahaga dan melancarkan sistem pernafasan. Sistem pernafasan yang lancar akan menyebabkan kita berasa lebih tenang dan mudah membuat ulangkaji pelajaran.





7. Teh


Catechins adalah sejenis bahan yang terkandung dalam teh. Fungsinya ialah untuk mengekalkan kesegaran minda kerana ia bertindak sebagai ejen yang mampu merehatkan otak dan melawan keletihan mental. Baik kita amalkan minum secawan teh pada setiap pagi.




8. Tiram.


Makanan laut ini boleh menajamkan fikiran seRta meningkatkan kebolehan mengingat kembali maklumat yang diperolehi derngan mudah. Tiram mengandungi zink dan zat besi yang membantu daya ingatan kita.




9. Mangga


Buah yang sedap ini mengandungi khasiat yang baik untuk otak. Asid glutamik yang mencukupi dalam buah mangga berguna untuk meningkatkan daya ingatan.




10. Air


Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalirkan darah serta zat ke seluruh tubuh kita. Meminum air sebanyak 8 gelas sehari mampu membantu kecerdasan otak kita. Air juga dikaitkan sebagai bahan bagi mengelakkan penyakit.


Demikianlah Allah Taala memberi kita nikmat makanan dan minuman yang sekiranya digunakan dengan kaedah yang betul insya Allah akan dapat mencerdaskan otak kita. Selamat mencuba dan bertawakal kepada Allah.