Suka vs cinta ?

Assalamulaikum .

Terlebih dahulu aku nak minta maaf sebab entri kali ni sepatutnya bertajuk 'kelebihan University Malaysia of Computer Science and Engineering' tetapi disebabkan oleh beberapa masalah teknikal , entri ini terpaksa ditangguh . Sori T^T . Ok . Dah tengok kan tajuk entri ni ? Suka vs Cinta ? Adakah dua perkataan ini benda yang berbeza ? Apakah yang menyebabkan ia berbeza ? Ok . Aku akan beri satu analogi untuk membuktikan bahawa dua perkataan ini tidak sama .

Hanan melipat helaian akhir novelnya kerana Amirul datang untuk menghantar buku yang dipinjamnya. Lalu Hanan bertanyakan satu soalan emas kepada Amirul : "Apa yang kita rasa pada sekuntum bunga apabila kita melihatnya ? Boleh  awak terangkan kepada saya  ? " . Amirul keliru dan musykil untuk jawab soalan Hanan.

Selepas beberapa saat , Hanan memberi jawapan kerana kasihan melihat Amirul yang tengah keliru . "Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan cuba untuk petik bunga itu sebab bunga tu cantik . Tapi kalau kita cintakan bunga itu , kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram supaya ia sentiasa segar . Samalah macam manusia . Kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha sedaya upaya untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walaupun akhirnya dia bukan milik kita . "

Amirul senyap dan kagum akan jawapan yang dilontarkan oleh Hanan . Sebenarnya Amirul dah lama memendam perasaannya terhadap Hanan kerana Hanan seorang budak yang baik, bertudung labuh , jaga agama n banyak lagi . Akan tetapi , dia malu untuk confess perasaannya .Cintanya terhadap Hanan ikhlas . Sebab tu dia tunggu masa yang sesuai untuk beritahu Hanan perihal perasaannya . Sama juga macam konteks tadi , kalau Amirul confess awal2 perasaannya terhadap Hanan, mungkin Hanan menolaknya . Akan tetapi , Amirul tetap sabar dan selalu berdoa supaya dia dijodohkan dengan Hanan . Akhirnya , mereka diijab kabulkan .

Cerita ini diaptasikan daripada cerita sebenar . Sampai di sini sahaja entri pada kali ini . Aku minta maaf jika ada kekurangan pada entri ini yang buat kamu semua tidak selesa . Sori :) .

K . Wassalam .

Leave a Reply