credit to mjbz14
ayaq = air
siru = berlagak
awat = kenapa
melingkaq = berlingkar
hawaq = cam sial
moktan = rambutan
tawaq hebiaq = terlalu tawar
segak = comey , lawa
gerek = basikal
ketegaq = keras kepala, degil
pungai = baling
loqlaq = tak senonoh
koi = makin
mengkala = bila
hari senayan = hari isnin
besaq = besar
puluik = pulut (loghat perlis)
darai = bapok
chek = saya (manja punya)
hang = kamu
kawaq = pencuri
habaq = beritahu
sat = sekejap
Belemoih - kotoq atau kotor
Keleboq = selut, lumpur
Ayaq acaq = air kotor dlm longkang
becempegha = bertempiaran
ketit = digigit serangga
seghabai = tak kemas, serabut (pakaian)
lepot = lemah, tak kuat
ghagaiih = panjat
tonyoh = sental
kutil = mencubit
dok = buat, tinggal
mutu = motosikal
renyih = senyum kambing
kona = belok
katup =tutup
mai = mari
ciwi = bangga, poyo
deras = laju
mangkaq = teruk, bangang, keras
loqlaq = tak senonoh
kawaq = pencuri
mot = bawa
guqhi = tempayan
mertun = tukul
cabai = cili
toksah = tak payah
toyu = kicap
gon = kawasan berbukit
kedaghah = makan dengan gelojoh dan banyak
hang, hangpa = kau, awak, kowang
be'siaq = kerap sangat kencing, buang air kecil
lapaq = lapar
habaq = beritahu
la ni = sekarang
melewaq = merayau, melilau
megheben = melalut, magarut
celuih = muat, padat
hinggut = goyang
lughuh = luruh
mengheyut = anak ramai
pancat = pancit
beghemba = bersaing-saing
melugai = meloya
raba = pemadam
gurmit = pengasah mata pensil
met ngot = sangat lembap
terpegheluih = tergelincir (lubang)
kecek = pujuk
seluloi = kerap kali
ghayup = hilang sekelip mata
ghosek = selongkar
nyuloq = jatuh tersembam
buloq = lapar sangat
taboh = pukul, belasah
ghelah = terkoyak
ghunaih = cungkil, kupil
sekeh = luku sikit
seneghih = selisih
semuih = bosan
ndoi = buaian
cheme = dapat mata percuma (pertandingan)
beghetoh = tersentuh
menyeghok = sarapan pagi
heliaq = sapu/lap
baloq liat = malas
ceghin = tegak (bulu)
kughuih kedekiang = kurus sangat
teghebe = lastik
cemerkap = tak cermat
bincut = benjol
beghanda = serambi
kelih = perasan
teghandaih = terhantuk
seghoi = nasi masak elok
tirih = bocor
lau ayam = reban ayam
cekedon = lembut lutut
ketayap = kepiah
ban = batas tepi sungai
aih ketoi = ais batu
ghelai = hancur
seghondoi = menerpa
ghelin = menjeling
kucai = kacau
segagan = sebaya
kelepiaq = melibas
kelolo = tak berapa betul (perangai)
hemoi = muka tak malu
megheyeh = mengatal
sakan = hebat
(Jika terdapat sebarang kesalahan, pembetulan sangat dialu-alukan)
Sumber: http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/10/photography-jenis-jenis-lens-dslr.html















Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.
Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.
Warna hijau juga adalah warna kegemaran Rasulullah ;)
Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih.
Kisah Pengajaran Yang Akan Membuatkan Anda Berfikir
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ...
Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita..
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.
Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..Sama2 lah kita muhasabah diri msing2 sblum trlambat..
p/s : Jadi adakah anda masih merasakan bahawa dunia ini tempat untuk bermain dan bersenda gurau?
Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.
Az malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar Az bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Az pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.
Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)
Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.
Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya...saya...
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.
Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.
Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.
Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.
Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.
Dua tahun kemudian.
Faiz merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.
Ibu: Faiz, ibu teringin nak tengok Faiz berumah tangga. Faiz tak de ke pilihan hati Faiz sendiri?
Faiz: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Faiz, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Faiz, kita juga boleh menjadi pengubah.
Faiz: Ibu.. Faiz faham. Insya Allah ibu, Faiz akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Faiz harapkan, Faiz yang akan membentuk dia, mengubah dia. Faiz akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Faiz, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Faiz: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...
Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Faiz berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Faiz ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Faiz berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.
Faiz berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?
Faiz memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.
Faiz: Assalamu'alaikum.
Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Faiz)
Faiz: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Faiz Roslan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Faiz terlebih dahulu)
Faiz: ya. Faiz Roslan Bin Hamid. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya...
Faiz: (Faiz hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Faiz: Siapakah awak? (tanya Faiz penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Faiz: (terkedu) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Faiz: Alice...(terharu..)
Alissa: Faiz, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Faiz: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...
Faiz hanya tersenyum.. :)
p/s: lelaki baik untuk perempuan yang baik, lelaki keji untuk perempuan yang keji, yang baek belum tentu selamanya baek, yang keji belum tentu selamanya keji... renung2 dan fikirkan lah.




