Al-Quran
adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi
Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita
semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam
solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran
kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula quran adalah kalam Allah
(dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal
muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan
menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk
Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke
berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat
Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke
berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke
berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 =
44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
-Semoga bermanfaat :)
